January 10, 2011

Photo Manipulation : Serenity


Assalamualaikum! Apa khabar? Korang sihat? Untuk entry kali ni, aku sangat excited untuk kongsi hasil kerja aku dengan korang. Masa aku bosan-bosan tak tau nak buat apa, aku cari tutorial Adobe Photoshop yang sesuai untuk aku cuba.

Selalunya, aku memang cuba tutorial yang agak rumit sikit supaya aku boleh tajamkan lagi skill aku dalam perihal design mendesign ni. So, kali ni, aku cuba tutorial photo manipulation pulak. Sebelum tu, biar aku terangkan sikit kat korang apa itu photo manipulation :

Photo manipulation is the application of image editing techniques to photographs in order to create an illusion or deception (in contrast to mere enhancement or correction), through analog or digital means

Aku cedok bulat-bulat daripada Wikipedia hehe Err, bahasa omputih la pulak eh? Takpe, aku translatekan untuk korang. Photo Manipulation atau pun Manipulasi Foto adalah suatu aplikasi teknik mengedit imej yang terdapat pada foto untuk mencipta sebuah ilusi atau penipuan.

Ok. Aku tau ada yang berkerut muka kat part 'penipuan' tu. Jangan risau, photo manipulation ni kalau kena cara boleh jadi hasil karya yang hebat. Kalau korang ingat, foto perkahwinan Sheikh Muszaphar dengan Dr Harlina pun ada diedit dengan teknik photo manipulation ni oleh photographer dan designer hebat KukuBesi Manipulasi
(klik sini).

Antara hasil kerja KUKUBESI MANIPULASI
So, aku pun cuba lah jugak buat photo manipulation ni. Dan hasilnya agak memuaskan la jugak even banyak masa aku dihabiskan touch up detail-detail pada gambar tu. Sila-silalah tinggalkan komen yek. Teringin jugak aku nak tau feedback pasal hasil kerja aku ni hehe


Title: Serenity
Medium: Adobe Photoshop CS5
Duration: 1-2 Hours 
Difficulty: Intermediate

1 comment:

Azim said...

ok dh photo yg ko edit...cma msh krg lg feel dia tu berbanding gmbr hikayat merong mahawangsa kt ats...xpe2...blh cba lg....bg nmpk lbh grang lg ye pasni...caiyuk....