Showing posts with label Photo Manipulation. Show all posts
Showing posts with label Photo Manipulation. Show all posts

June 6, 2011

Photoshop Action : Pentingkah?



Assalamualaikum.. 


Selamat bercuti kepada golongan pelajar universiti dan sekolah. Hari ni aku ada benda nak kongsi dengan korang.

Untuk entry kali ni, aku nak kongsi sikit benda yang aku belajar dan faham pasal Photoshop Action. Ape kebendanye Photoshop Action ni? 


Photoshop Action ni kira macam set yang mengandungi 'Action' yang dah direkodkan dalam turutan dimana benda alah ni buleh diapplykan terus kepada design ataupun gambar secara automatik.

Hasil dari penggunaan Photoshop ni biasanya ia akan menambah kesan yang menarik terhadap design mahupun gambar yang applykan tu.  Biasanya Photoshop Action ni digunakan oleh amatur macam aku - kengkadang yang pro pun ada guna jugak sebab nak jimatkan masa. 


Kalau editing gambar secara manual, lagilah bagus sebenarnya, cuma makan masa sikit lah. Kena mahirkan main tools Levels, Saturation, Curves, Exposure dan banyak lagi. Tak tambah lagi dengan penggunaan layer baru dan jugak Gradient untuk mendapatkan kesan yang menarik dan realistik.


Contoh paling bagus, korang boleh tengok KukuBesi Manipulasi punya hasil kerja, memang terbaik. Tapi itu untuk professional lah. Orang baru nak belajar macam aku ni sekadar guna Photoshop Action jela heheh



Gambar: Kuku Besi Devianart

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop, mesti korang tercari-cari mana letaknya button menatang alah Photoshop Action ni kan? Dont worry, kat bawah ni aku ada provide screenshot untuk korang. Ni adalah interface untuk Adobe Photoshop CS5 - yang terbaru. Aku rasa versi yang lama sikit pun benda alah tu still di posisi yang sama (sila betulkan kalau aku silap)



 

Mana nak dapat Photoshop Action ni? Benda ni buleh download - bersepah. Type je keyword macam 'The Best Photoshop Action Collection' takpun '20 Top Photoshop Action' konfem bersepah je pilihan untuk korang download. Kalau aku, aku suggest korang cari dekat Deviantart.com - memang banyak material best-best untuk design regardless untuk professional dan jugak amatur.

Baik, 

aku rasa setakat ni jela update aku untuk entry kali ni. Sebelum tu, aku nak tunjuk kat korang satu lagi contoh penggunaan Photoshop Action dalam gambar aku sendiri - memang nampak jelas perbezaan beb. Cubalah! 





May 30, 2011

Bermula Sebuah Permulaan Yang Baru

Ekhem.

Sapu sawang.

Bersin.

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak menjengah ke blog ni. 4 bulan sejak entry terakhir aku post kat blog ni. Walau tak berupdate, walau ditinggalkan terkontang kanting, tetap ada pertambahan followers - aku terkejut hehe

Insya Allah, panjang umur aku akan update selalu blog ni. Untuk pengetahuan para readers, aku jugak menulis di beberapa blog. Selain PBS Artwork, aku jugak menulis dekat Point Blank Rambler - blog pertama aku dan jugak Sarkasis.

Basically, kat situ aku menulis banyak pendapat peribadi aku berkaitan dengan perkara-perkara yang aku nampak sekeliling aku.

Cuma di blog ini aku lebih tumpukan lebih perihal design mendesign dan perkara-perkara yang menarik berkaitan hasil seni yang kreatif. Dalam jangka masa 4 bulan ni, banyak jugak benda yang aku belajar - dan aku masih lagi belajar. Ilmu ni sampai bila pun kalau belajar tak habis kan?

Untuk kali ni, aku nak kongsikan hasil kerja yang aku buat berdasarkan tutorial yang aku belajar dari blog ezhan artwork - aku anggap mamat ni dah macam mentor aku.

Banyak ilmu yang aku ada sekarang ni pun aku belajar dari blog dia ni. Tutorial yang aku cuba ni adalah merupakan tutorial yang berkaitan dengan Streographic Photography. Kat bawah ni hasil karya yang dapat aku hasilkan lepas follow tutorial dari blog ezhan. Tutorial ni simple je, tapi hasil dia memang mengagumkan. Ada beberapa bahagian yang aku tak berapa mahir nak touch up sangat bab-bab gambar ni. 

 

Kira ok la macam ni kan? Heheh

January 10, 2011

Photo Manipulation : Serenity


Assalamualaikum! Apa khabar? Korang sihat? Untuk entry kali ni, aku sangat excited untuk kongsi hasil kerja aku dengan korang. Masa aku bosan-bosan tak tau nak buat apa, aku cari tutorial Adobe Photoshop yang sesuai untuk aku cuba.

Selalunya, aku memang cuba tutorial yang agak rumit sikit supaya aku boleh tajamkan lagi skill aku dalam perihal design mendesign ni. So, kali ni, aku cuba tutorial photo manipulation pulak. Sebelum tu, biar aku terangkan sikit kat korang apa itu photo manipulation :

Photo manipulation is the application of image editing techniques to photographs in order to create an illusion or deception (in contrast to mere enhancement or correction), through analog or digital means

Aku cedok bulat-bulat daripada Wikipedia hehe Err, bahasa omputih la pulak eh? Takpe, aku translatekan untuk korang. Photo Manipulation atau pun Manipulasi Foto adalah suatu aplikasi teknik mengedit imej yang terdapat pada foto untuk mencipta sebuah ilusi atau penipuan.

Ok. Aku tau ada yang berkerut muka kat part 'penipuan' tu. Jangan risau, photo manipulation ni kalau kena cara boleh jadi hasil karya yang hebat. Kalau korang ingat, foto perkahwinan Sheikh Muszaphar dengan Dr Harlina pun ada diedit dengan teknik photo manipulation ni oleh photographer dan designer hebat KukuBesi Manipulasi
(klik sini).

Antara hasil kerja KUKUBESI MANIPULASI
So, aku pun cuba lah jugak buat photo manipulation ni. Dan hasilnya agak memuaskan la jugak even banyak masa aku dihabiskan touch up detail-detail pada gambar tu. Sila-silalah tinggalkan komen yek. Teringin jugak aku nak tau feedback pasal hasil kerja aku ni hehe


Title: Serenity
Medium: Adobe Photoshop CS5
Duration: 1-2 Hours 
Difficulty: Intermediate