January 8, 2011

Serius Gempak -Biar Betul Ni?!


Salam sejahtera. Selamat datang ke blog PointBlankShot! Artwork. Hari ni aku nak review hasil kerja seorang graphic designer yang memang serius gempak. Sebelum tu, korang pernah tengok movie Batman : The Dark Knight tak? Kalau pernah, mesti korang kenal karekter The Joker lakonan Heath Ledger kan? Kalau tak kenal, Google sendiri hehe

To be honest, aku lebih minat karekter The Joker tu berbanding Batman hehe sebab The Joker dalam Batman : The Dark Knight ni memang kerek semacam dan aku memang mengharapkan sequel Batman yang seterusnya ada lagilah si Heath Ledger ni berlakon jadik The Joker. Tapi, malang gila sebab si Heath ni arwah pulak pada 22 Januari 2008 disebabkan overdose dadah. So, aku beranggapan, lepas ni mesti karekter The Joker ni mesti dah tak best dah bila digantikan pelakon lain. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa benda ni masa mencari idea untuk design terbaru aku. Cakap banyak pun takmau lah, nah korang tengok sendiri:









Amacam? Real gila kan? Ini semua dihasilkan oleh seorang student grafik bernama
Max Wahyudi untuk projek 3D realistik beliau. Serius aku terkejut gila tengok hasil kerja mamat ni. Macam real kan? Kalau student luar negara boleh buat macam ni? Kenapa kita tak boleh kan? Mana lah tau kot suatu hari nanti kita boleh replicate balik seniman-seniman agung negara kita yang dah takde macam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke? Mesti gempak. Setakat ini sajalah entry aku untuk kali ni. Nantikan entry berikutnya yang lebih berkualiti! Sila-silalah tinggalkan komen yek!

No comments: