January 8, 2011

Point Blank Shot! Artwork


Syukur, Alhamdulilah. Salam perkenalan dari aku. Setelah beberapa hari memerah otak memikirkan design yang sesuai untuk blog ni, akhirnya tercapai jugak hasrat aku memiliki sebuah lagi blog (walaupun blogspot) khusus untuk aku memfokuskan hasil design aku sendiri menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Sebelum ini, aku ada menulis sebuah blog disini (sila klik). Blog tu khusus untuk aku menyuarakan pendapat aku tentang sebarang isu semasa berdasarkan hasil pemerhatian aku sendiri serta hasil daripada pembacaan aku. So, InsyaAllah, di blog PointBlankShort Artwork ni pulak, aku akan lebih memfokuskan perihal design serta apa-apa berita, tips, tutorial (kalau aku ada masa nak buat) dan review blog-blog yang berorientasikan design jugak.

Oh ya, sebelum aku lupa, avatar Borang Anjal (baca: Formspring) aku di atas tu boleh diklik untuk link terus korang ke profile Borang Anjal aku. So, kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah korang ajukan kat situ yek. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, aku akan siapkan link untuk ke akaun Twitter aku. So, kat sana lebih mudah untuk korang berinteraksi dengan aku.

Jadi, sebagai buah permulaan penulisan aku dalam blog ni, aku nak review blog seorang designer yang sedang meningkat naik sekarang ni. In fact, aku pun dapat inspirasi untuk mulakan blog ni. Banyak jugak aku belajar dari mamat ni. Plus, dia ni tak kedekut ilmu. Aku rasa banyak kali jugak la aku tanya mamat ni soalan pasal perihal design mendesign kat Facebook dengan Borang Anjal - semua berjawab beb!

http://ezhan-artwork.blogspot.com/
Nama pemilik blog di atas adalah Ezhan. Ezhan ni adalah seorang student di UNiKL MFI dalam jurusan Mechatronic. Walaupun beliau seorang student Mechatronic, beliau ni ada jiwa seni. Seriously, aku admire hasil kerja mamat ni. Sama ada dalam bidang photografi mahupun design, dua-dua stylo dan kemas. Mamat dah dapat banyak tempahan untuk design yang agak rumit malah Ustaz Zaharudin pun ada menggunakan perkhidmatan beliau. Ezhan ni pernah jugak diinterview oleh sebuah akhbar tahun lepas - famous dah mamat ni sebenarnya.


Lama jugak aku follow blog mamat ni, banyak tips-tips dan tutorial yang berguna pasal design mendesign menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kalau korang mencari-cari blog yang meng'offer'kan tutorial Photoshop dalam Bahasa Malaysia, inilah blog yang patut korang follow dan terjah. Banyak artikel dan tips berguna yang korang boleh aplikasikan dalam design korang. Ada jugak hasil kerja si Ezhan ni ditampilkan dalam blog tu. Kira korang boleh nilai sendiri macam mana skill mamat ni dalam bidang design mendesign ni.


So, sebelum aku endingkan entry sulung aku ni, aku nak ucapkan ribuan terima kasih lah kat Cik Awek aku sebab beliau lah yang banyak bagi pandangan pasal hasil kerja aku walaupun dia blur-blur ayam jugak pasal design mendesign hehehe

Terima kasih jugak kat pemilik blog Ezhan-Artwork tu sebab banyak ilmu yang aku dapat dari blog dia. Semoga beliau berjaya dalam bidang seni kreatif dan jugak dalam pelajaran beliau. Jumpa lagi!

No comments: