January 27, 2011

Projek Mendesign Baju Pertama Aku

Assalamualaikum. Pergghh! Gila bersawang habis blog aku ni *cough* banyak gila habuk heheh Lama jugak aku tak update blog ni lantaran selalu sangat meng'update' isi kandungan blog aku yang lagi satu tu. Pelik jugak aku tengok orang handle 2-3 blog sekaligus. Macam mana kau orang buat ha? 


So, cerita panjang takmau, jom straight to the point. About few months ago, ada kawan aku request aku untuk designkan baju korporat untuk kegunaan rasmi fakulti dia. To be honest, aku tak pernah lagi nak design-designkan baju ni. Selalunya PSD file untuk template baju boleh download je - korang Google jek sure ada. Tinggal masuk design and then, voila! Setel kerja. Tapi untuk baju korporat ni, memang tak ada PSD file yang boleh didownload. 


So? Apa aku kena buat? Aku kena draft balik design untuk baju korporat tu atas kertas, scan lepas tu edit dalam Photoshop. Serius terasa diri macam designer kental gitu kehkehkeh 


Ye, aku tau - huduh gila. Ni cuma sketch asal untuk idea baju tu.


Kemudian, aku trace balik line-line pada sketch tu dan labelkan ikut bahagian pada baju tu supaya boleh disuaikan ikut request klien aku hari tu. Kira macam PSD template khas untuk baju korporat lah ni. 


Antara bahagian baju yang aku labelkan -  ada untuk logo,poket,line pada lengan, kolar etc
So, bila dah siap semua tu, inilah hasil yang aku dapat. Simple jelah. Tapi pada diri aku, kira oklah untuk first project aku. Aku ada siapkan beberapa cadangan warna dan tema, tapi yang aku featured kat sini adalah yang dah finalized punya. 

Ini untuk lelaki punya
 
Ni untuk design baju perempuan, step dia sama je macam design baju lelaki tadi
So? Amacam? Ok tak? Kalau ada dikalangan korang yang berminat nak tempah boleh la kontek aku kat blogmuehmueh@yahoo.com - harga boleh runding punya, dont worry saya budak baru belajar, bukan professional lagi ;)

p/s:
Kepada yang tag aku untuk contest tu, sori lah yek, otak saya masih beku ketandusan idea hehe jangan lupa komen yek untuk entri ni. Teringin nak tau feedback pasal hasil design aku kat atas ni

January 18, 2011

Speaker Serius Stylo - Munny Speakers!

Aku dalam proses menukar ikon-ikon kat blog aku ni. Macam yang korang buleh tengok kat blog aku ni, mana-mana yang widget khusus untuk Followers. Shoutbox dan Archive aku design balik untuk matchkan dengan tema header baru aku tu. So, masa aku tengah cari bahan-bahan untuk design balik ikon-ikon tu, aku terjumpa satu set speaker yang memang cun gila - aku tak pernah terfikir kot ada custom made speaker macam ni! Aku pun nak sebijik!

Ok, blame me - aku amik seko Munny ni buat ikon hehe

Munny putih untuk di'match'kan dengan Macbook
Sisi pandangan lain 

Rupa asal patung Munny sebelum diubahsuai menjadi speaker
Kat laman web www.instructables.com, ada macam-macam instruksi untuk resipi masakan sampailah cara nak bina robot sendiri. Serius sangat informatif. Semua maklumat dibekalkan dalam bentuk foto - mengikut turutan, lebih kurang macam tutorial (aku tak pasti kalau subscribe kena bayar atau tak)

Kepada readers yang memang spesies yang sukakan item-item DIY, korang bolehlah berkunjung ke website ni, terbaik doh!


p/s: 

bacaan tambahan 1 (sila klik sini)


bacaan tambahan 2 (sila klik sini) - tak ada kaitan sangat, tapi menarik!

January 17, 2011

Manifestasi Jiwa Seni Doodles Azreen Chan


Aku dah lama follow blog beliau. Dah lama jadik stalker tegar dan admire gila hasil-hasil kerja beliau. Itu pun, aku terjumpa blog beliau secara tak sengaja hari tu 
(ayat poyo gila LOL)

Sebenarnya aku dah lama nak review blog saudari Azreen ni. Tapi tak berani nak screen-capture hasil-hasil karya beliau. To be honest, aku sangat menghormati hasil penat lelah orang lain menghasilkan sesuatu karya dia orang. So, lepas aku mintak izin dari empunya blog *my doodle* aka saudari Azreen, maka buleh la aku screen-capture hasil-hasil karya beliau *akhirnya* hehe

 

Blog *my doodle* ni tersangatlah simple sebenarnya. Dihiasi dengan hasil-hasil karya si pemilik blog, blog ni mempunyai tarikan yang tersendiri. Tak ada wigdet berat yang membebankan web browser, tak diberatkan dengan lagu-lagu autoplay - plain simple but attaractive. 

Antara hasil karya beliau yang limited edition
Beliau jugak menghasilkan postcard!
Oh ya, apa itu 'doodle' sebenarnya? Doodle ni adalah lebih kurang macam hasil contengan yang dihasilkan tanpa sebarang tema, kira macam bebas lah. Sebab tu kalau korang boleh tengok macam hasil karya saudari Azreen ni, ada macam-macam karekter dalam hasil karya beliau. Dan beliau jugak ber'ekperimentasi' dengan melakar doodles beliau di atas pelbagai jenis material. 

So, kalau korang berminat dengan hasil karya doodle saudari Azreen ni dan rasa-rasa macam nak booking untuk dijadikan gift, korang boleh berkunjung ke blog beliau di http://doodle-from-me.blogspot.com/

p/s:
aku berharap sangat Azreen buleh convert doodles beliau kepada prints t-shirt. buleh tak? (kalaulah beliau ada baca enrty ni : p)



January 16, 2011

Pertandingan 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011


Aku terbaca pasal contest ni kat blog saudara Faiz. Itu pun melalui tweets dia. Ini kali pertama aku join contest pasal blog memblog ni hehe

Aku baru jek set up blog ni. So, aku teringin nak tau apa feedback orang-orang di luar sana pasal design dan interface blog aku ni. Plus, aku jugak baru jek tukar design header blog aku ni. Kat bawah ni kau orang boleh tengok design asal header blog aku ni haa :

 

Aku tukarkan kepada design yang korang boleh tengok kat atas tu haa. Mana lagi ok? Yang baru ke, yang lama? Personally, aku lebih suka design yang baru tu. Simple dan tak serabut hehe

So, berbalik kepada Pertandingan 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 dianjurkan oleh saudara Faisal Abdullah daripada blog 2DayBlogger. Pemenang untuk pertandingan ini ditentukan berdasarkan bilangan undi - which is aku tak expect pun akan menang, aku cuma nak kumpul pengalaman jek hehe

Cara nak menyertai : 
  1. Buatkan satu entri mengenai aktiviti Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 untuk mempelawa rakan korang vote blog korang.
  2. Letakkan Link entri berkenaan di bahagian komen (di blog 2DayBlogger)
  3. Jadi Follower blog 2DayBlogger.Com(Korang takkan menyesal follow blog ini.I swear)
  4. Tag 3 orang kawan blogger anda(Jika korang rajin je lah =)).-Tiada paksaan..hehe
  5. Tarikh tutup pertandingan ni adalah pada 28 Februari 2011
Kalau korang rasa blog aku yang masih hijau daun ni patut menang, sila-silakanlah undi yek hehehe kalau tak undi pun, takpe. Please lah komen sikit pasal blog aku ni yek? : )