June 6, 2011

Photoshop Action : Pentingkah?



Assalamualaikum.. 


Selamat bercuti kepada golongan pelajar universiti dan sekolah. Hari ni aku ada benda nak kongsi dengan korang.

Untuk entry kali ni, aku nak kongsi sikit benda yang aku belajar dan faham pasal Photoshop Action. Ape kebendanye Photoshop Action ni? 


Photoshop Action ni kira macam set yang mengandungi 'Action' yang dah direkodkan dalam turutan dimana benda alah ni buleh diapplykan terus kepada design ataupun gambar secara automatik.

Hasil dari penggunaan Photoshop ni biasanya ia akan menambah kesan yang menarik terhadap design mahupun gambar yang applykan tu.  Biasanya Photoshop Action ni digunakan oleh amatur macam aku - kengkadang yang pro pun ada guna jugak sebab nak jimatkan masa. 


Kalau editing gambar secara manual, lagilah bagus sebenarnya, cuma makan masa sikit lah. Kena mahirkan main tools Levels, Saturation, Curves, Exposure dan banyak lagi. Tak tambah lagi dengan penggunaan layer baru dan jugak Gradient untuk mendapatkan kesan yang menarik dan realistik.


Contoh paling bagus, korang boleh tengok KukuBesi Manipulasi punya hasil kerja, memang terbaik. Tapi itu untuk professional lah. Orang baru nak belajar macam aku ni sekadar guna Photoshop Action jela heheh



Gambar: Kuku Besi Devianart

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop, mesti korang tercari-cari mana letaknya button menatang alah Photoshop Action ni kan? Dont worry, kat bawah ni aku ada provide screenshot untuk korang. Ni adalah interface untuk Adobe Photoshop CS5 - yang terbaru. Aku rasa versi yang lama sikit pun benda alah tu still di posisi yang sama (sila betulkan kalau aku silap)



 

Mana nak dapat Photoshop Action ni? Benda ni buleh download - bersepah. Type je keyword macam 'The Best Photoshop Action Collection' takpun '20 Top Photoshop Action' konfem bersepah je pilihan untuk korang download. Kalau aku, aku suggest korang cari dekat Deviantart.com - memang banyak material best-best untuk design regardless untuk professional dan jugak amatur.

Baik, 

aku rasa setakat ni jela update aku untuk entry kali ni. Sebelum tu, aku nak tunjuk kat korang satu lagi contoh penggunaan Photoshop Action dalam gambar aku sendiri - memang nampak jelas perbezaan beb. Cubalah! 





No comments: